Wednesday, June 2, 2010

Pendahuluan

Pencarian Bakat sebagai Penghibur sudah terlalu banyak..

Adakah kita mahu negara kita dipenuhi dengan lambakan penghibur semata-mata?

Jawapannya tidak..

Demi merealisasikan Wawasan 2020 dan Malaysia sebagai Negara Cemerlang, Gemilang, Terbilang..

Kami mencari bakat kepimpinan Masa Hadapan..

Kami tahu disana ada ramai anak-anak muda yang berketerampilan..

Manusia yang berharta & wang mudah dicari..

Tetapi manusia yang beriman berilmu & beramal sukar dicari..

Melayu/Muslim/Mukmin/Muhsin Yang Unggul atau ringkasannya M.Y.U Team ditubuhkan untuk mencari sebanyak mungkin Pemimpin Berkaliber Masa Hadapan,

Jika anda orang-orang yang tersebut atau bersedia untuk merealisasikannya anda dinanti-nantikan ke group ini..

Sebarang idea-idea yang kreatif amat dialu-alukan..

Ini adalah Projek kami dengan anda yang kami namakan M.Y.U Project!!

Bersedialah kerana anda akan menempuh Challenge yang belum pernah anda alami sebelum ini..

Demi merealisasikan Ke Arah Mukmin Yang Unggul 2020!!!